Perkhidmatan HEI

Sejajar dengan transformasi digital dalam menyokong inisiatif Kampus Digital yang diaspirasikan dalam Pelan Strategik UiTM2025, pihak UHEI telah mengambil langkah proaktif untuk mengautomasi proses kerja bagi memudahkan pengurusan bimbingan hal ehwal Islam agar lebih teratur, efisien dan mudah untuk dicapai oleh warga UCS khususnya.

Satu Sistem Pengurusan Bimbingan Hal Ehwal Islam secara dalam talian telah dibangunkan melalui projek pembangunan sistem dengan kerjasama Bahagian Infostruktur UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam.

  • Bertujuan memberi bimbingan keagamaan kepada pelanggan dengan mengarahkan mereka kepada ajaran Islam yang benar, bagi menyelesaikan masalah diri dan nilai sosial yang dihadapi.
  • Berusaha menghindar pelanggan dari terpengaruh oleh aliran dan a yang bercanggah dengan nilai agama.
  • Menyelesaikan kekusutan pemikiran dan jiwa di kalangan warga yang pada umumnya banyak bertitik tolak dari kekurangan pengetahuan agama dan ketiadaan hidayah dan sinar agama.
  • Berikhtiar membentuk peribadi dan perwatakan pelanggan yang ‘integrated’, seimbang pencapaian dalam bidang keilmuan dan kerohanian; dalam rangka melaksana keperibadian Islam yang luhur.
  • Memberi nasihat kepada pelanggan di dalam masalah agama.
  • Mengurus dan mengajar di kelas-kelas bimbingan.
  • Menganjurkan kursus-kursus dakwah dan kepimpinan, forum, ceramah dan sebagainya dengan kerjasama persatuan dalaman, jabatan dan fakulti-fakulti.
  • Mengeluarkan risalah-risalah dan siaran mengenai agama dan yang berkaitan dengannya.
  • Menguruskan kemudahan untuk pelanggan menjalankan kegiatan agama seperti menguruskan kemudahan surau dan lain-lain kegiatan yang berfaedah kepada Islam.

Setiap manusia adalah makhluk yang dinamis walaupun terdapat kelainan keperibadian dan latarbelakangnya. Bakat yang ada hendaklah dikembangkan sehingga menjadi warganegara yang baik.

Suatu keperibadian yang bersifat individual tersebut terbentuk dari dua faktor; iaitu faktor dari dalam yang berupa bakat dan ciri-ciri keturunan, baik jasmani maupun rohani; dan faktor yang dipengaruhi dari lingkungan masa kini maupun masa lampau.

Setiap insan adalah makhluk yang berkembang, justeru itu ia senantiasa berkemungkinan berubah. Proses perkembangan dan perubahan ini dapat dibimbingkan ke arah tujuan hidup yang menguntungkan bagi diri insan itu sendiri, institusi di mana ia belajar dan bekerja.

Apa yang tidak mungkin keseluruhannya dicapai maka usaha-usaha untuk mencapai sebahagiannya tidak akan ditinggalkan begitu sahaja, dengan menyedari skop dan batas tanggungjawab serta kemampuan yang ada.

Kebijaksanaan adalah merupakan dasar utama, dengan bersandarkan tuntutan al-Quran dan Hadis Rasul; dengan mengambil perhatian ciri-ciri kelainan, latar belakang pendidikan dan suasana persekitaran yang mempengaruhinya.

Bimbingan Individu
Membantu individu memahami diri dan kehidupan mengikut syariat Islam atau nilai-nilai murni serta membantu menyelesaikan masalah dengan memberi ingat dengan mengucapkan perkataan yang baik secara berhikmah kepada orang perseorangan yang terdiri daripada warga UiTM dan komuniti.

- Bimbingan Individu (1 to 1)
- Lokasi di Pejabat Unit HEI
- Pemohon boleh memilih Pembimbing
- Anggaran Tempoh 1 jam.

Bimbingan Kelompok
Proses membantu kelompok memahami diri dan kehidupan mengikut syariat Islam atau nilai-nilai murni dengan memberi ingat dengan mengucapkan perkataan yang baik secara berhikmah serta membantu menyelesaikan masalah Warga UiTM dan komuniti secara berkumpulan.

- Bimbingan Kelompok (Maximum 8 orang)
- Lokasi di Pejabat Unit HEI
- Pemohon boleh memilih Pembimbing
- Tempoh di isi oleh pemohon

Sila Hubungi

UNIT HAL EHWAL ISLAM
UiTM CAWANGAN SELANGOR
KAMPUS PUNCAK ALAM
42300 Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

uhei_ucs@uitm.edu.my

Tel: +603 3258 4000

Fax: +603 5544 3999

UNIT HAL EHWAL ISLAM
UITM CAWANGAN PAHANG
KAMPUS JENGKA
26400 Bandar Jengka, Pahang
Malaysia

uheicphg@gmail.com

Tel: +609 460 2443

Fax: -

UNIT HAL EHWAL ISLAM
UiTM CAWANGAN MELAKA
KAMPUS ALOR GAJAH
78000 Alor Gajah, Melaka,
Malaysia

-

Tel: +606 558 2000

Fax: +603 558 2001

© UCS.
By UiTM Cawangan Selangor