Pejabat Hal Ehwal Islam CITU, UiTM Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana mula beroperasi pada 16 Jun 2009 dan ditempatkan di kolej Raflesia. Ia ditubuhkan dengan tujuan membantu para pelajar dan warga kampus melengkapkan diri dengan pengetahuan asas agama, di samping menyelesaikan masalah agama yang sentiasa berbangkit di kalangan pelajar dan warga kampus. Bermula 3 Julai 2009, Pejabat Hal Ehwal Islam CITU dipindahkan ke Aras 4, Plaza Satelit B.
Pada tahun 21 Mei 2013, Centre for Islamic Thought and Understanding telah dinaik taraf kepada Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Sejajar dengan perkembangan ini, Hal Ehwal Islam turut diangkat menjadi Bahagian Hal Ehwal Islam ACIS. Kakitangannya terdiri daripada Timbalan Pengarah Bahagian, Pegawai-Pegawai Hal Ehwal Islam, Imam dan Bilal.
Pada 1 Jun 2017, Unit Hal Ehwal Islam UCS sepenuhnya di letakkan di bawah Pejabat Rektor UCS. Lokasi pejabat telah berpindah ke aras 5 , Fakulti Farmasi. Sejajar dengan itu, Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) mengekalkan objektif yang telah digunakan dengan membuat beberapa penambahbaikan sesuai dengan perubahan dan peredaran zaman.
Bertujuan memberi bimbingan keagamaan kepada pelanggan dengan mengarahkan mereka kepada ajaran Islam yang benar, bagi menyelesaikan masalah diri dan nilai sosial yang dihadapi oleh warga UCS.
Berusaha menghindar pelanggan dari terpengaruh oleh aliran dan a yang bercanggah dengan nilai agama.
Menyelesaikan kekusutan pemikiran dan jiwa di kalangan warga UCS yang pada umumnya banyak bertitik tolak dari kekurangan pengetahuan agama dan ketiadaan hidayah dan sinar agama.
Berikhtiar membentuk peribadi dan perwatakan pelanggan yang ‘integrated’, seimbang pencapaian dalam bidang keilmuan dan kerohanian; dalam rangka melaksana keperibadian Islam yang luhur.
Memberi nasihat kepada pelanggan di dalam masalah agama.
Mengurus dan mengajar di kelas-kelas bimbingan di UiTM Cawangan Selangor.
Menganjurkan kursus-kursus dakwah dan kepimpinan, forum, ceramah dan sebagainya dengan kerjasama persatuan dalaman, jabatan dan fakulti-fakulti di UiTM Cawangan Selangor.
Mengeluarkan risalah-risalah dan siaran mengenai agama dan yang berkaitan dengannya di UiTM Cawangan Selangor
Menguruskan kemudahan untuk pelanggan menjalankan kegiatan agama seperti menguruskan kemudahan surau dan lain-lain kegiatan yang berfaedah kepada Islam di UiTM Cawangan Selangor
Setiap manusia adalah makhluk yang dinamis walaupun terdapat kelainan keperibadian dan latarbelakangnya. Bakat yang ada hendaklah dikembangkan sehingga menjadi warganegara yang baik.
Suatu keperibadian yang bersifat individual tersebut terbentuk dari dua faktor; iaitu faktor dari dalam yang berupa bakat dan ciri-ciri keturunan, baik jasmani maupun rohani; dan faktor yang dipengaruhi dari lingkungan masa kini maupun masa lampau.
Setiap insan adalah makhluk yang berkembang, justeru itu ia senantiasa berkemungkinan berubah. Proses perkembangan dan perubahan ini dapat dibimbingkan ke arah tujuan hidup yang menguntungkan bagi diri insan itu sendiri, institusi di mana ia belajar dan bekerja.
Apa yang tidak mungkin keseluruhannya dicapai maka usaha-usaha untuk mencapai sebahagiannya tidak akan ditinggalkan begitu sahaja, dengan menyedari skop dan batas tanggungjawab serta kemampuan yang ada.
Kebijaksanaan adalah merupakan dasar utama, dengan bersandarkan tuntutan al-Quran dan Hadis Rasul; dengan mengambil perhatian ciri-ciri kelainan, latar belakang pendidikan dan suasana persekitaran yang mempengaruhinya.
Bimbingan Individu : Membantu individu memahami diri dan kehidupan mengikut syariat Islam atau nilai-nilai murni serta membantu menyelesaikan masalah dengan memberi ingat dengan mengucapkan perkataan yang baik secara berhikmah kepada orang perseorangan yang terdiri daripada warga UiTM dan komuniti.
- Bimbingan Individu (1 to 1)
- Lokasi di Pejabat Unit HEI
- Pemohon boleh memilih Pembimbing
- Anggaran Tempoh 1 jam.
Bimbingan Kelompok : Proses membantu kelompok memahami diri dan kehidupan mengikut syariat Islam atau nilai-nilai murni dengan memberi ingat dengan mengucapkan perkataan yang baik secara berhikmah serta membantu menyelesaikan masalah Warga UiTM dan komuniti secara berkumpulan.
- Bimbingan Kelompok (Maximum 8 orang)
- Lokasi di Pejabat Unit HEI
- Pemohon boleh memilih Pembimbing
- Tempoh di isi oleh pemohon
UNIT HAL EHWAL ISLAM
UiTM CAWANGAN SELANGOR
42300 Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia
uhei_ucs@uitm.edu.my
Tel: +603-3258 4000
Fax: +603-5544 3999